Masyarakat perlu dididik mengenai toleransi kaum & sensitiviti agama - Samy Vellu

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, masyarakat Malaysia yang pelbilang kaum telah hidup dalam keadaan harmoni sejak sekian lama tanpa masalah dengan kuil dan masjid dibina berdekatan antara satu sama lain seperti di Melaka dan Pulau Pinang.

Tetapi malangnya, kata beliau, telah wujud satu sikap tidak toleransi di kalangan pihak-pihak tertentu yang amat membimbangkan masyarakat India dan Malaysia yang lain sejak akhir-akhir ini.

Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC tengah hari Selasa, Samy menyebut insiden di Seksyen 23 Shah Alam sebagai contoh terbaik.

Sehubungan itu, kata beliau, MIC mahu perkara seperti ini diambil secara serius dengan masyarakat perlu dididik mengenai toleransi kaum dan persefahaman mengenai sensitiviti agama.

"Semua rakyat Malaysia perlu hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang harmoni dalam negara berbilang kaum ini. Mereka juga perlu menghormati agama dan kebudayaan semua kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Semalam, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menyediakan sebidang tanah yang terletak 100 meter dari tapak cadangan asal pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 dan 400 meter daripada kawasan perumahan penduduk di Seksyen 23, untuk dijadikan tapak baru.

Ia dibuat hasil tinjauan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke beberapa kawasan bagi menyelesaikan perpindahan kuil yang mendapat bantahan keras penduduk Seksyen 23 yang majoriti beragama Islam.

Hasil tinjauan kerajaan negeri di Seksyen 18, 19, 20 dan 23, sebuah lokasi yang terletak dalam kawasan Seksyen 23 juga dicadangkan sebagai tapak cadangan baru untuk menggantikan Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19.

Sekretariat Akhbar pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya semalam berkata, lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan.

"Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini," kata kenyataan itu.

Mengulas lebih lanjut, Samy mempersoalkan logik bagi keputusan kerajaan negeri mahu memindahkan tapak pembinaan kuil kira-kira setengah kilometer daripada kawasan penempatan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam itu.

"Banyak kuil telah dipindah dan dibina semula di kawasan-kawasan tertentu sebelum ini tetapi apakah logiknya sekarang untuk menetapkan peraturan bahawa kuil hanya boleh dibina pada jarak 500 hingga 600 meter dari kawasan perumahan atau penempatan masyarakat Melayu," kata beliau.

Dalam pada itu, Samy Vellu berkata, MIC menyambut baik langkah Jabatan Peguam Negara, yang diumumkan semalam, untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam membawa kepala lembu ketika mengadakan protes isu kuil tersebut.

"Kami berharap tindakan mahkamah dapat diambil secepat mungkin terhadap pihak-pihak terlibat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan