Keputusan dakwa peserta demonstrasi bukan satu pertimbangan politik - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan untuk mendakwa peserta demonstrasi yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam yang memijak kepala lembu dan berucap ketika melakukan perbuatan itu, bukan satu pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja yang perlu dikenakan tindakan, maka tindakan akan diambil.

"Ada hikmahnya, dan sekiranya ada orang nak bawa kepala babi pula, tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mereka.

"Mereka yang nak buat protes tanpa kawalan di mana, mana-mana pihak boleh mengeksploitasikannya, akan memikirkannya dua tiga kali sebelum berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam bahawa peserta demonstrasi itu akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 atau alternatifnya Kanun Keseksaan. Abdul Gani berkata mereka yang terbabit juga akan menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram.

Hishammuddin berkata sesiapa yang melakukan sesuatu yang mengundang ketidakstabilan negara, menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka itu.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana kaum terhadap kaum yang lain dan begitu juga ideologi politik, seperti isu Perak, isu Kg Buah Pala dan isu Seksyen 23.

"Mana-mana pihak yang meletakkan diri mereka dalam kedudukan itu, perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka mengikut undangundang," katanya.

Beliau berkata terdapat kes-kes yang membabitkan kepala babi sebelum ini iaitu lima kes termasuk diletakkan di hadapan bangunan PWTC dan dibalut dengan bendera Umno. "Tak tahu siapa pun, tetapi saya memberi jaminan jika tahu siapa, tindakan akan diambil," katanya.

Mengulas mengenai sama ada pihak polis tunduk terhadap tekanan tertentu, Hishammuddin berkata semua pihak telah dipanggil berhubung isu itu tanpa mengira siapa.

"Seperti di Kg Buah Pala yang terlibat termasuk juga Pemuda MIC, jika di Perak, yang ditahan wakil-wakil rakyat pembangkang ditahan termasuk seorang wartawan.

"Seksyen 23, berkaitan protes, banyak anggota pelbagai parti yang terlibat tetapi yang kita nak tekankan ialah mereka yang bawa kepala lembu.

"Itu yang sedang disiasat. Saya percaya pihak Peguam Negara telah berpuas hati untuk membawa perkara ini ke hadapan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan