Kematian Mohamed kehilangan besar kepada rakyat dan Umno Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Majlis Veteran Umno Kelantan menyifatkan kematian bekas Menteri Besar Tan Sri Mohamed Yaacob pagi ini akibat kanser paru-paru sebagai kehilangan besar kepada rakyat negeri Kelantan dan Umno khususnya.

Pengerusinya Datuk Rozali Isohak berkata Allahyarham Mohamed, 85, bertanggungjawab menjadikan Umno parti yang kuat di Kelantan setelah Barisan Nasional (BN) menewaskan PAS pada pilihan raya umum 1978.

"Beliau adalah antara tokoh yang tidak dapat ditandingi dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya.

Beliau berkata kepulangan Allahyarham ke Rahmatullah amat dirasai kerana perjuangan dan semangat sayangkan Umno tidak pernah luntur walaupun beliau tidak lagi memegang apaapa jawatan dalam parti.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Allahyarham mempunyai sifat baik yang amat luar biasa.

"Saya mengenali Allahyarham sewaktu beliau menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri sekitar awal 70an. Ketika itu saya masih menuntut dalam tingkatan enam dan merupakan Presiden Pelajar-pelajar Islam Kelantan.

"Kalau nak cari pemimpin yang benar-benar jujur, amanah dan bersih, Allahyarhamlah orangnya," katanya kepada Bernama.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed berikutan kematian bekas menteri besar paling lama berkhidmat di Kelantan itu.

"Surat takziah daripada kerajaan negeri kepada keluarga Allahyarham akan kita hantar pada hari ini juga," katanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata Allahyarham yang dikenali beliau merupakan seorang yang sederhana, mudah berhubung dan senang sekiranya diajak berbincang. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia di Hospital Pantai kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Jenazah allahyarham dibawa ke rumah anak perempuannya di Taman Tun Dr Ismail di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1978, pemimpin Barisan Nasional (BN) terakhir yang memegang jawatan itu sehingga PAS mengambil alih kerajaan negeri selepas pilihan raya umum 1990.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan