SPRM rangka strategi pulih imejnya, kata Abu Kassim

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha memulihkan kembali imej badan itu yang tercalar akibat beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed berkata antara usaha pemulihan itu adalah dengan menghantar pegawainya mengikuti pelbagai kursus demi untuk mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadapnya.

"SPRM juga dalam proses mengembalikan semula elemen seperti konsisten melakukan perkara dengan betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kursus latihan Kecerdasan Emosi dan Rohani (ESQ) di Subang Jaya, dekat sini, semalam.

Kursus ESQ tersebut adalah untuk pegawai tertinggi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM dan Pejabat Peguam Negara.

Abu Kassim meminta masyarakat agar bersabar dan jangan sekalikali melemparkan tuduhan terhadap SPRM sebelum sesuatu siasatan kes itu selesai.

"Kita minta supaya masyarakat menunggu sehingga akhir inkues (kematian Teoh Beng Hock) yang sedang berjalan dan juga siasatan Suruhanjaya Diraja berhubung kes itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, latihan yang dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Polis negeri itu dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja pasukan polis mengikut plan strategik lima tahun PDRM.

"Saya berharap PDRM akan dapat memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan dapat menjaga keamanan serta keselamatan negara di samping menghindarkan anggota daripada gelaja negatif dan salah guna kuasa," katanya.

Beliau juga berkata usaha itu bertujuan memperbaiki mutu dan mendidik setiap anggota polis agar bersikap lebih amanah dalam menjalankan tugas.

Seramai 120 orang peserta menghadiri latihan yang diadakan selama tiga hari itu bermula Jumaat lepas. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan