Selangor diminta kaji semula dasar air percuma

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dasar Kerajaan Selangor membekal air percuma kepada rakyat perlu dikaji semula oleh kerana ia tidak memanfaat kumpulan sasaran, menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Jurucakap kementerian itu memberitahu Bernama Isnin bahawa bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan tidak sampai kepada rakyat miskin di rumah pangsa kos rendah dan kawasan setinggan.

Air itu dibekalkan lebih kepada mereka yang paling kurang memerlukan terutama di kawasan kediaman mewah dan premis komersial.

Jurucakap itu berkata Selangor membayar RM12 juta sebulan kepada pemegang konsesi air, Syabas bagi bekalan itu.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) berkata kerajaan sebaliknya perlu melaksanakan sistem yang digunapakai oleh Perak dan Negeri Sembilan di mana hanya mereka yang memerlukan diberikan keistimewaan ini.

Mereka yang memerlukan bekalan air percuma hendaklah memohon secara formal kepada pihak berkuasa, kata setiausaha agungnya, S. Piarapakaran.

Beliau berkata penjimatan dari subsidi air boleh digunakan untuk program lebih mendesak seperti menambah baik pengangkutan awam dan sistem lalulintas di negeri ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan