Polis tingkat tahap keselamatan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis akan mempertingkatkan tahap keselamatan semasa pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut undang-undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat kacau pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tegaskan di sini bahawa kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan saya sudah meminta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh bagi mengenal pasti lokasi panas dan jumlah tempat pengundian walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan tarikh pilihan raya tersebut.

"Kita akan memutuskan jumlah pegawai dan anggota yang diperlukan bagi membantu mengawasi dan melicinkan pilihan raya kecil itu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini semalam.

Katanya beliau akan memastikan lebih ramai pegawai dan anggota bertugas, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian.

Sehubungan itu, katanya cuti pegawai dan anggota polis di negeri ini akan dibekukan sehingga pilihan raya kecil itu berakhir.

Musa turut meminta supaya semua parti yang bertanding tidak mencetuskan suasana tegang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Nor meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban, Jumaat lepas.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang yang kali pertama bertanding pada pilihan raya umum lepas menewaskan calon PAS, Ramli Ibrahim dengan majoriti 2,333 undi. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan