PAS tidak tergesa-gesa terima bukan Islam jadi ahli

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: PAS tidak akan tergopoh-gapah dalam menerima bukan Islam sebagai anggota parti itu jika kerana semata-mata ingin menarik pengundi bukan Islam.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata PAS lebih berhati-hati dalam menerima keanggotaan dan tidak mengamalkan sikap "tangkap muat" bagi meramaikan ahli, tanpa memikirkan akibatnya.

"Pada asasnya kita (PAS) menyokong usaha menarik orang ramai, khasnya pengundi bukan Islam menyertai parti, tetapi dalam hubungan ini kita lebih berhati-hati," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kebangsaan, Hu Pang Chaw, supaya pemimpin terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Hu berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keanggotaannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Menurut Abdul Fatah, PAS terlebih dahulu perlu meminda perlembagaan parti sebelum menerima keanggotaan parti daripada kalangan bukan Islam.

Ini kerana, di antara syarat keahlian PAS adalah terdiri daripada orang Islam.

"Sebab itu, kita (PAS) tidak terburu-buru dan tergopoh-gapah dalam menerima keahlian parti semata-mata kerana ingin mendapat sokongan pengundi daripada bukan Islam," katanya.

Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Abdul Fatah berkata PAS yakin akan merampas semula kawasan itu daripada tangan Barisan Nasional (BN).

Ini, katanya berdasarkan majoriti 2,333 yang diperolehi penyandang calon BN, Allahyarham Azman Mohammad Nor, 54, adalah atas faktor undi pos.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban, Jumaat lepas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan