Najib gesa umat Islam jalin hubungan baik dengan kaum lain

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena Nuzul alQuran hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam agar terus hidup dalam suasana aman dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat daripada kaum serta agama lain.

"Wahyu dalam alQuran bukan sahaja bertujuan mendidik umat manusia supaya menunaikan ibadah khusus seperti solat dan puasa tetapi paling utama adalah untuk berbuat baik sesama insan, mengutamakan semangat kesetiakawanan dan memupuk semangat silaturrahim," kata Najib.

"Justeru, dalam konteks Malaysia yang dihuni berbilang kaum yang menganut pelbagai agama, saya percaya majoriti penduduknya menghargai perpaduan, keamanan serta keharmonian dan secara terbuka menerima keunikan setiap masyarakat," kata Najib dalam blognya, www.1malaysia.com.my semalam.

Ironinya, sambutan ini akan memberi kesan positif terhadap kemakmuran rakyat dalam menjalin perpaduan nasional yang lebih utuh dalam kalangan kita, katanya.

Perdana Menteri turut menggesa umat Islam supaya tidak mengenal erti lelah dalam berusaha sedaya upaya ke arah mentransformasikan kandungan alQuran bagi menggalakkan pembudayaan pengetahuan dengan memahami sepenuhnya dan menerapkan setiap ajarannya dalam cara yang holistik.

"Ulama Islam terkemuka, ahli akademik dan ahli sains mesti memulakan usaha ini demi manfaat umat Islam yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu baru yang memberi kesan kepada Islam hari ini, syariah, perundangan, perubatan, ekonomi dan banyak lagi," kata Najib.

Perdana Menteri berkata budaya berasaskan pengetahuan adalah satu daripada nilai aspirasi dalam 1Malaysia yang penting kepada kehidupan umat manusia, seperti mana ayat pertama alQuran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W).

Katanya kitab suci aQuran merupakan sumber pengetahuan yang agung dan pembinaan sahsiah untuk terus memperkukuh serta mengangkat ummah sebagai Khaira' Ummah, iaitu ummah paling cemerlang yang hidup dalam harmoni serta berkeupayaan memacu negara ke arah kemajuan di bawah panji-panji 1Malaysia.

"Marilah kita bersamasama menyambut Nuzul alQuran dengan satu iltizam dan satu cita-cita untuk cemerlang sebagai satu ummah dan menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara dan berpandukan kepada alQuran sebagai petunjuk dalam kehidupan kita demi meningkatkan keimanan untuk mengemudikan langkah kita ke arah kejayaan dunia dan akhirat," kata Najib. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan