Kerajaan Pulau Pinang masih dapat sokongan rakyat - Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pentadbiran pembangkang di negeri ini masih mendapat sokongan rakyat dan berjaya dalam mengurus tadbir negeri.

"Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah tunaikan janji, mungkin hanya satu atau dua isu sahaja, tetapi kita telah mencuba sedaya upaya dan masih mendapat sokongan rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa rakyat mula meragui kewibawaan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kerana gagal menunaikan janji dan memenuhi hasrat rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya.

Lim sebelum itu melancarkan pertandingan 'Idea Menandakan Tapak Warisan Georgetown' anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan