Ekonomi dijangka makin pulih tahun depan, kata TPM

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka semakin pulih menjelang tahun depan berdasarkan perancangan teliti dan gerak langkah yang dilaksanakan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dalam menghadapi kelembapan ekonomi ketika ini, kerajaan mempunyai agenda yang sangat penting untuk memastikan dalam tempoh yang tidak terlalu lama, keadaan ekonomi negara akan bertambah baik.

"Dengan menyediakan peruntukan RM67 bilion sebagai satu pakej rangsangan ekonomi kita yang sudah pun mula dibelanjakan, kita harap kesan daripada perbelanjaan itu akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut meningkatkan kegiatan ekonomi domestik dan mempelbagaikan ekonomi negara supaya tidak bergantung kepada sesuatu bidang sahaja bagi membantu memperbaiki taraf hidup masyarakat.

"Nasib baik negara kita aman. Jadi kita boleh tangani isu yang berkait dengan soal hidup rakyat misalnya menangani kumpulan termiskin dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat yang masih lagi kecil," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta di sini semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata meskipun kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi, ia tidak mungkin berkesan jika tiada kerjasama dan bantuan daripada rakyat terutamanya masyarakat Islam.

"Di Malaysia ini walaupun kita tahu banyak usaha sudah dibuat untuk bantu supaya masyarakat Islam sama maju dengan bukan Islam tetapi kita akui masih ada kekurangan yang perlu kita perbaiki," kata beliau.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta masyarakat Islam agar sentiasa bersatu bersama kerajaan dengan mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri kerana kejayaan tidak akan diperoleh jika hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Beliau juga berkata Malaysia turut diiktiraf sebagai negara Islam yang berjaya di dunia kerana tidak hanya menumpukan kepada kejayaan sesuatu bidang sahaja, sebaliknya menumpukan kepada semua perkara.

"Banyak tokoh dari negara Islam lain juga menjadikan negara ini sebagai contoh. Mereka hendak maju seperti Malaysia. Ia sesuatu yang harus dibanggakan," katanya yang turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 anak yatim pada majlis tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan