Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM4.6 juta

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM4.63 juta dari Puncak Niaga Holdings pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMs) di sini semalam.

Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan dari syarikat Syor Bernas Sdn Bhd yang juga anggota DPMMS berjumlah RM20,0176 dan syarikat Jalur Cahaya Sdn Bhd berjumlah RM50,000.

Terdahulu, baginda diiringi Yang Dipertua DPMMS Tan Sri Rozali Ismail menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 10 buah masjid di sekitar Selangor yang menjadi tradisi DPMMS sejak 2006.

Kesemua masjid berkenaan masingmasing menerima RM5,000.

Seramai 836 orang asnaf di kalangan anakanak yatim, fakir miskin, Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan balu dari 22 parlimen di Selangor masingmasing turut menerima duit raya berjumlah RM200 dari DPMMS.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan