Ong mahu politik wang dalam MCA disiasat

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mahu supaya badan disiplin MCA membuat tindakan susulan terhadap dakwaan wujud gejala politik wang menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah khususnya politik wang.

"Mungkin badan disiplin MCA, atau pihak sekretariat akan mengambil tindakan susulan mengenai perkara ini, kami tidak boleh berkompromi dengan politik wang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota MCA Pahang di sini, semalam.

Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng sebelum ini dilaporkan berkata terdapat banyak aduan dari peringkat akar umbi mengenai politik wang, terutama dalam membeli tandatangan untuk sokongan.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengaku sudah mengumpul lebih 800 tandatangan perwakilan pusat parti yang meminta supaya diadakan EGM.

Sementara itu merujuk kepada pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi melaporkan hasil siasatan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Ong berkata pertemuan itu berjalan dengan baik.

"Pertemuan itu berlangsung dengan baik serta komprehensif dan kami yakin akan berjaya menyelesaikan isu itu," katanya.

SPRM yang menyiasat projek PKFZ selepas kos pembangunannya meningkat dari RM2.6 bilion kepada RM4.5 bilion serta laporan polis oleh pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng (LPK) berhubung penyelewengan bayaran antara RM500 juta dan RM1 bilion, menemubual Ong buat kali kedua semalam.

Beliau juga ditemu bual SPRM berhubung dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada kontraktor projek siap guna itu, yang dinafikan oleh Ong.

Sementara itu mengenai pertemuan secara tertutup lebih tiga jam bersama anggota MCA Pahang hari ini Ong berkata, ia bertujuan memberikan maklumat terkini mengenai politik semasa MCA kepada anggota parti itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan