DUN Bangan Pinang: Cadangan calon BN diputuskan Khamis ini

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Siapa yang akan dicadangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti akan diputuskan pada mesyuarat Umno Bahagian Telok Kemang, Khamis ini.

Ketua Umno bahagian itu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata selepas itu, nama calon yang dicadangkan itu akan dihantar kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, sebelum dikemukakan kepada presiden parti.

"Ini adalah prosedur biasa yang kita amalkan selama ini. Setakat ini kita belum ada membuat apaapa keputusan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan di antara ketua dan jawatankuasa penerangan Umno Bahagian Telok Kemang dengan Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor di Hospital Pakar Seremban pada Jumaat lepas akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Mohd Isa berkata soal pemilihan calon tiada masalah kerana Umno mempunyai ramai pemimpin yang layak.

Katanya Umno sedang menyusun dan menggerakkan jentera penerangannya bagi menghadapi apa juga isu yang mungkin dibangkitkan pembangkang pada pilihan raya kecil itu nanti.

Ahmad pula berkata walaupun DUN Bagan Pinang merupakan kubu BN namun BN tidak akan alpa dengan kemenangan pada pilihan raya umum lepas.

"Pada pilihan raya kecil ini apaapa boleh jadi...jadi kita tidak mahu terlalu yakin, kita tidak mahu rasa bangga, rasa riak, rasa bongkak menyatakan kita yakin menang dan sebagainya.

"Walaupun DUN Bagan Pinang adalah kubu kuat BN, kita masih lagi terus berusaha untuk memantapkan kemenangan dan menambah majoriti. Mudah-mudahan rakyat akan menilai segala perkara yang dibuat oleh pemimpin tempatan dan negeri terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan