DUN Bagan Pinang: BN perlu menang majoriti lebih besar - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata Barisan Nasional perlu mendapatkan majoriti lebih tinggi dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang bakal diadakan kelak.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata BN perlu terus mengukuhkan kedudukan di kawasan tersebut.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah.

Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

"Kita juga mahu melihat suasana politik yang matang diwujudkan pada pilihan raya kecil itu nanti tanpa mengikut emosi kerana rakyat negara ini sudah matang di dalam politik," kata Mustapa kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas anggota tentera anjuran Persatuan Bekas Tentera, di sini semalam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan