SPRM pantau kempen calon dan proses pemilihan MIC

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) akan memantau perjalanan kempen oleh caloncalon serta proses pemilihan parti MIC yang akan diadakan pada 12 dan 13 Sept ini bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah politik. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil berikutan laporan muka depan akhbar Malaysian Nanban hari ini yang bertajuk "RM300 untuk perwakilan MIC di Melaka" menyatakan perwakilan MIC negeri itu diberikan wang tersebut berserta cakera padat oleh calon yang bertanding untuk mengundinya pada pemilihan parti itu. "SPRM memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan SPRM Melaka menjalankan siasatan awal ke atas maklumat tersebut," katanya.

Suruhanjaya itu juga meminta manamana perwakilan yang ditawarkan wang sogokan untuk mengundi calon terbabit tampil ke hadapan untuk membuat laporan kepada SPRM supaya tindakan lanjut dapat diambil.

"Sebarang tawaran dan penerimaan wang rasuah untuk mengundi seseorang calon adalah salah di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan