Najib ucap takziah kepada keluarga Adun Bagan Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang, Azman Mohammad Noor yang meninggal dunia semalam.

"Saya bagi pihak kerajaan dan parti mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman yang saya kenali sejak zaman Pemuda Umno dulu," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian Azman oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melalui telefon petang semalam.

"Menteri Besar Negeri Sembilan telahpun telefon saya sebelum saya bertolak ke sini (Kampung Teluk Melati) tadi dan memaklumkan kematian wakil rakyat kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Program Sejahtera dan Program Pintar peringkat nasional di Kampung Teluk Melati di Chenor dekat sini semalam.

Azman, 54, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2.30 petang tadi akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi BN berkata BN akan mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti kerana adalah menjadi dasar parti untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu yang mengikut peruntukan perlembagaan.

"Kita (BN) telah membuat keputusan dari segi dasar iaitu jika satusatu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan perlembagaan, kita akan bertanding.

"Apatah lagi kawasan ini (DUN Bagan Pinang) adalah kerusi milik kita (BN)," katanya ketika diminta mengulas kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Allahyarham Azman yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan