Laporan petugas khas PKFZ akan dibentangkan di Kabinet - PM

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan pasukan petugas khas mengenai hasil siasatan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang diterimanya semalam akan dibentangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet Rabu ini.

"Siasatan masih berjalan dan pihak polis telah mengambil tindakan membekukan akaun syarikat Kuala Dimensi (Sdn Bhd) dan kita akan membuat beberapa keputusan susulan berdasarkan kepada laporan pasukan petugas khas daripada pelbagai segi, (serta) satu siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya di Jalan Cheras di sini hari ini.

"Satu lagi apa yang kita nak lakukan dari segi masa depan PKFZ," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan pasukan petugas khas mengenai PFKZ kepadanya semalam di Putrajaya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat bersama anggota pasukan petugas termasuk ketuanya peguam Vinayak Pradhan, dari firma perundangan Skrine mengadakan pertemuan dengan Najib selama sejam di pejabat Perdana Menteri.

Anggota pasukan petugas khas itu turut dianggotai oleh Lim Chee Wee, rakan kongsi Skrine, pengarah urusan PricewaterhouseCoopers Advisory Services (PwC), Chin Kwai Fatt, dan pengarah eksekutif kanan PwC Lim San Peen.

Pasukan Petugas Khas itu ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan pada Jun lepas bagi mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk tindakan susulan kerajaan berhubung laporan audit PKFZ.

Pasukan itu yang dibentuk bersamasama dengan jawatankuasa tadbir urus korporat dan jawatankuasa eksekutif diberi tempoh dua bulan untuk mengemukakan cadangan itu.

Mengenai bonus untuk kakitangan kerajaan sempena sambutan Hari Raya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata: "Tunggulah."

"Tunggu KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan) tengah berbincang dengan Cuepacs dan sebagainya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan