Kuala Lumpur bandar raya perniagaan ketiga terbaik di Asia

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kuala Lumpur dipilih antara tiga bandaraya terbaik untuk perniagaan di Asia dalam satu undian pengembaraan yang dijalankan oleh SmartTravelAsia.com 2009.

Kedudukan Kuala Lumpur itu mengatasi bandaraya Bangkok yang jatuh satu anak tangga ke tangga keempat.

Tahun lepas Kuala Lumpur di kedudukan keempat.

Bandaraya Hong Kong kekal di kedudukan pertama diikuti Singapura di tempat kedua buat dua tahun berturut-turut.

SmartTravelAsia.com yang merupakan majalah pengembaraan secara online di rantau ini dengan mempunyai lebih sejuta pembaca di seluruh dunia, berkata pemilihan bagi kategori itu dibuat berdasarkan persepsi dan pengalaman ahli perniagaan dalam urus niaga mereka termasuklah faktor-faktor seperti kecekapan sistem pengangkutan dan perkhidmatan awam, papan tanda, hotel-hotel, lapangan terbang dan sebagainya. Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, Air Asia menguasai kategori syarikat penerbangan bajet terbaik di Asia buat tahun keempat berturutturut dengan memperoleh 38 peratus daripada jumlah keseluruhan undi diikuti oleh Jetstar Asia di tempat kedua dan Tiger Airways di kedudukan ketiga.

Undian bagi 12 kategori itu dijalankan selama tiga bulan bermula Mei hingga Julai dan secara purata pengundi menggunakan 12.84 kali penerbangan dalam tempoh 12 bulan yang lepas dan berpendapatan isi rumah berjumlah US$170,401, kata SmartTravelAsia.com.

Menurut laman web itu, kirakira 60 peratus daripada pengundinya tinggal di negara Asia dan teramai di Singapura diikuti Australia, Hong Kong, India, China, Jepun, Malaysia, Thailand, Filipina dan negara Timur Tengah manakala 20 peratus lagi tinggal di Eropah dan yang lain di Amerika Syarikat dan Amerika Utara.

Selain itu, Kuala Lumpur juga berada di kedudukan keempat kategori bandaraya terbaik untuk membeli belah di belakang Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Bagi kategori lapangan terbang terbaik pula, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kedudukan keempat.

Kedudukan teratas diraih oleh Lapangan Terbang Changi, Singapura diikuti Hong Kong di tempat kedua dan ketiga Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

Bali, Maldives dan Phuket menguasai kedudukan tiga teratas undian bagi kategori destinasi percutian terbaik di Asia manakala Pulau Langkawi dan Pulau Pinang masingmasing di kedudukan keenam dan kesepuluh.

Kategori syarikat penerbangan terbaik di dunia tahun ini diraih oleh Singapore Airlines yang turut mengondol gelaran kategori kelas bisnes terbaik dan kategori perkhidmatan layanan dalam kabin terbaik.

Syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways and Thai Airways International masingmasing di tempat kedua dan ketiga manakala Malaysia Airlines di kedudukan kelapan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan