Isu kuil: Polis tidak 'memilih bulu' - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis tidak pernah 'memilih bulu' dalam melaksanakan tugas mereka untuk membendung sebarang perselisihan faham antara kaum atau agama.

Sambil merujuk kepada insiden ketegangan antara umat Islam dan penganut agama Hindu ekoran peristiwa membawa kepala lembut di hadapan pejabat SUK Negeri Selangor baru-baru, Hishammuddin berkata, jika terpaksa bertindak, pihak polis akan bertindak mengikut fakta kes.

Bagaimanapun beliau berharap isu tersebut akan dapat diselesaikan secara baik dengan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat dalam mencari lokasi yang sesuai untuk membina kuil yang telah ditempatkan untuk dibina di Seksyen 23 Shah Alam oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Isu ini merentasi agama dan kaum dan dalam hal ini kita ingin tegaskan jika seseorang itu didapati salah di sisi undang-undang kita akan ambil tindakan.

"Kalau kita tengok dua hari lepas, tindakan polis tidak 'memilih bulu', di Kg Buah Pala, yang ditangkap dan ditahan Pemuda MIC sementara di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, yang ditahan merupakan wakil-wakil rakyat pembangkang dan mereka yang melanggar undang-undang.

"Prinsipnya, dari segi keselamatan, kedamaian, keselamatan dan kestabilan negara itu tugas pihak berkuasa.

"Kalau itu menjadi pendirian yang konsisten saya rasa orang ramai akhirnya akan melihat apa yang kita (pihak berkuasa) lakukan ini tidak disebabkan oleh agenda-agenda lain. Salah tetap salah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno di Menara Dato'Onn pada Jumaat.

Baru-baru ini, 50 penduduk Seksyen 23 Shah Alam berkumpul di pintu masuk Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah bagi membantah pemindahan kuil ke kawasan mereka.

Bagaimanapun ketika demonstrasi itu diadakan terdapat penduduk membawa kepala seekor lembu sebagai tanda protes.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan