Isu bubar DUN Perak tidak perlu timbul lagi, kata Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan bagi manamana pihak untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana mahkamah telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional dan Menteri Besar sekarang adalah sah.

"Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan...ikut prinsip perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Kampung Kepayang di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan anggota DUN pembangkang yang mengadakan "sidang DUN" di sebuah hotel di sini kelmarin yang dianggap pelbagai pihak sebagai usaha berterusan mereka untuk mendesak pembubaran DUN bagi diadakan pilihan raya negeri.

Muhyiddin berkata langkah yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah mainan politik mereka dan kerajaan tidak akan terpengaruh dengan gangguan seperti itu yang dianggap sebagai perkara yang tidak berfaedah.

"Itu politik mereka...apa hal nak desak lagi, tak sepatut timbul. Kita (kerajaan) akan tumpu kepada soal membangunkan negeri dan membantu rakyat," katanya.

Ketika berucap di majlis itu, Muhyiddin berkata pembangkang di Perak hanya melakukan gimik politik apabila mengadakan "sidang dewan" di sebuah hotel Rabu lepas.

Mahkamah Rayuan pada Mei lalu telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum itu mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamlauddin sebagai Menteri Besar.

Rabu lepas, 24 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang mengadakan "sidang DUN" di sebuah hotel selepas usaha mereka mengadakannya di Bangunan Perak Darul Ridzuan dihalang polis.

Tiga lagi Adun pembangkang ditahan polis semasa perhimpunan haram berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan sebelum itu manakala seorang lagi sedang menunaikan umrah.

Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak selepas tiga Adun pakatan pembangkang mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas menyokong BN pada Februari lepas, menjadikan BN mempunyai majoriti iaitu 28 Adun BN dicampur tiga Adun Bebas itu berbanding 28 Adun pakatan pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau akan berjumpa dengan keduadua pihak dalam usaha menyelesaikan kemelut yang dihadapi kerajaan negeri dan Umno Terengganu selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

"Ada beberapa perkara belum selesai jadi saya akan jumpa keduadua pihak...Insyallah kita akan selesaikan dalam waktu terdekat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri sementara itu mengucapkan takziah kepada keluarga Adun Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Azman Mohammad Noor yang meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban semalam.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM2.5 juta bagi pembinaan masjid baru di kampung berkenaan.

Dr Zambry sebelum itu mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membeli tanah seluas 3.2 hektar bernilai RM2 juta berhampiran masjid lama di kampung berkenaan bagi tujuan membina masjid baru. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan