Exco Pemuda Umno nafi jadi dalang perarakan kepala lembu

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan semalam menafikan bahawa beliau menjadi dalang dalam perarakan membawa kepala lembu ke bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) Jumaat lepas.

Beliau, yang Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, berkata pada hari kejadian beliau ditemui oleh beberapa orang penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebaik sahaja selesai menunaikan solat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

"Ketika itu saya baru selesai solat dan apabila tiba di pintu keluar saya lihat ramai penduduk Seksyen 23 sedang berkumpul...pada masa sama saya lihat beberapa rakan yang agak saya kenal sedang mengedarkan risalah kepada orang ramai.

"Selepas membaca risalah tersebut saya mengambil keputusan untuk menyertai penduduk berkenaan dalam perarakan ke bangunan SUK bagi menunjukkan tanda protes cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan Seksyen 23.

"Saya tidak puas hati kepada kerajaan negeri Selangor kerana merasakan isu ini tidak ditangani dengan cekap dan menyebabkan kemarahan penduduk setempat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tanpa disedari, katanya, ketika dalam perarakan tersebut tiba-tiba muncul seseorang yang tidak dikenali membawa kepala lembu dan isu kepala lembu ini kemudiannya telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu sehingga terdapat dakwaan mengatakan beliau menjadi dalang kepada perarakan tersebut.

"Isu ini sebenarnya telah disensasikan oleh pihak pembangkang dan kerajaan Selangor untuk alih tumpuan daripada isu sebenar...tidak timbul isu kita nak hina agama dan kaum lain," katanya.

Beliau menganggap isu ini telah selesai dan sekiranya terdapat lagi kenyataan dikeluarkan yang mengaitkan nama beliau dalam isu ini beliau tidak teragak-agak untuk menyaman pihak terbabit. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan