Exco Dr Hasan Ali dipanggil menghadap Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini telah dipanggil menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.

Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.

Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkata pegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertaklum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.

Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali

Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.

Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk berbincang mengenai isu-isu harian.

Ketika ditanya adakah isu penempata semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan