PKFZ: Polis beku akaun Kuala Dimensi bernilai RM140 juta

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis telah membeku bank akaun Kuala Dimensi Sdn Bhd - pemaju Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berkuatkuasa semalam (Khamis) bagi membolehkan pihak polis menyiasat laporan salah guna kuasa dan tuntutan bayaran berlebihan yang dibuat oleh kontraktor berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan membekukan akaun bernilai RM140 juta itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi Jumaat.

Najib pagi tadi telah menerima taklimat mengenai isu PKFZ daripada badan bertindak khas yang dibentuk oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) bagi menyiasat skandal PKFZ.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat turut hadir pada majlis taklimat tersebut.

Badan Bertindak Khas itu diketuai oleh seorang peguam kanan Vinayak Pradhan daripada Firma Skrine dan dibantu oleh Lim Chee Wee juga daripada Skrine, Pengarah Urusan Pricewaterhouse Coopers Advisory Services (PwCAS), Chin Kwai Fatt dan Pengarah Eksekutif PwCAS, Lim San Peen.

Dalam pada itu mStar Online difahamkan, pihak polis juga telah berjaya menjejaki beberapa akaun lain Kuala Dimensi dengan jumlah simpanan mencecah ratusan juta ringgit.

Sebelum ini, Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng telah berkata, pihak lembaga mengesyaki wujudnya konspirasi lima pihak berhubung isu PKFZ yang membabitkan tuntutan bayaran sehingga mencecah RM1.5 bilion.

Beliau menamakan lima pihak itu sebagai Kuala Dimensi Sdn Bhd, bekas Pengurus Besar PKA ,Datin Paduka O.C. Phang, BTA Architect dan jururunding kontrak, Bernard Tan Seng Swee.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan