Ong Tee Keat sekali lagi disoal siasat SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini sekali lagi disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pembantu kepada Ong, yang juga presiden MCA, mengesahkan menteri berkenaan berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selama sejam.

Semalam, SPRM memanggil Ong untuk kali pertama dan menemubualnya selama tiga jam berhubung skandal PKFZ dan dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada kontraktor projek siap guna itu.

Ong telah menafikan menerima RM10 juta daripada ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing tahun lepas, dan telah membuat laporan polis serta memfailkan saman RM500 juta terhadap Tiong.

Tiong mendakwa beliau memberikan duit itu kepada Ong tahun lepas untuk kegiatan MCA.

Sebelum ini, tiga pegawai MCA, termasuk bendahari parti Tan Sri Tee Hock Seng, disoal siasat SPRM berhubung dakwaan pemberian wang itu.

SPRM menjalankan siasatan terhadap projek PKFZ selepas kos pembangunannya meningkat dari RM2.6 bilion kepada RM4.5 bilion dan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng (LPK) membuat laporan polis berhubung penyelewengan bayaran antara RM500 juta dan RM1 bilion. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan