Musa akan pertingkat usaha banteras jenayah

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Musa Hassan, yang dilanjutkan setahun lagi kontraknya sebagai Ketua Polis Negara semalam, berkata beliau akan mempertingkatkan usaha membanteras jenayah terutama kumpulan penjenayah bersenjata serta kegiatan penyeludupan manusia dan dadah.

Musa yang berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkata arahan telahpun dikeluarkan kepada seluruh anggota dan pegawainya untuk mempertingkatan usaha dan memberikan fokus bagi menjalankan operasi secara intensif untuk membanteras sepenuhnya jenayah tersebut.

Beliau juga akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM selaras dengan era globalisasi dalam membanteras aktiviti jenayah dalam dunia tanpa sempadan ini terutamanya jenayah-jenayah baru yang semakin banyak.

Organisasi pasukan juga akan diperbaharui dengan memantapkan perkhidmatan dan integriti, dan berharap masyarakat akan menyokong dan memberi kerjasama kepada PDRM bagi memastikan keselamatan negara terjamin, katanya kepada pemberita yang menanti bagi mendapatkan reaksinya mengenai lanjutan kontrak itu di kediamannya di Bukit Gasing, di sini semalam. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam semalam mengumumkan lanjutan kontrak Musa sebagai Ketua Polis Negara sehingga 12 Sept tahun depan telah diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Hishammuddin.

Musa berkata beliau juga akan memberikan perhatian kepada pelaksanaan pelan strategik lima tahun PDRM serta penambahbaikkan perkhidmatan serta peningkatan sistem telekomunikasi pasukan itu serta pengambilan pegawai dan anggota baru.

PDRM juga perlu membangunkan sistem komunikasi, pemilikan aset teknologi yang lebih canggih dan baru untuk mempertingkatkan pemantauan jenayah di negara ini dan berharap kerajaan akan menyokong usaha tersebut.

Dengan adanya peralatan dan aset yang serba canggih, arahan dan data-data yang dikeluarkan dapat disampaikan kepada anggota bawahan serta pihak perisik dengan lebih cepat, katanya.

Menyentuh mengenai pengambilan tenaga kerja, Musa berkata walaupun sehingga kini seramai 14,000 anggota dan pegawai telah diambil, jumlah tersebut perlu ditambah tetapi PDRM menghadapi masalah dari segi kapasiti dan pusat latihan yang tidak mencukupi.

Mengenai kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Musa berkata akta itu tidak boleh dihapuskan kerana negara perlukannya bagi memastikan negara tidak mendapat sebarang ancaman dari luar dan dalam negara.

"Akta ini perlu ada untuk mencegah perkara-perkara itu daripada berlaku yang boleh menggugat keselamatan negara," katanya yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sejak 12 Sept 2006. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan