EGM tak akan bawa perpecahan MCA, kata bekas setiausaha agung

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan MCA mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu tidak akan membawa kepada perpecahan dalam parti, kata bekas setiausaha agungnya Tan Sri Dr Ting Chew Peh semalam.

Katanya EGM adalah salah satu daripada saluran demokrasi yang wujud dalam parti dan ahli MCA cukup matang untuk menerima keputusan yang bakal diluluskan dalam mesyuarat itu.

"Saya rasa soal pecah belah tidak timbul. Yang penting menyelesaikan masalah MCA sekarang...masalah pucuk pimpinan parti, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri siasatan Jawantankuasa Kirakira Wang Negara (PAC) mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Bangunan Parlimen.

Ting merupakan bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut MCA berikutan pemecatan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana pembabitan dalam skandal seks dan usaha beliau mengadakan EGM yang berlainan daripada EGM yang diusul oleh presiden parti Datuk Ong Tee Keat.

Ting berkata perlembagaan parti membenarkan lebih dari satu EGM, asalkan peraturan berkaitan dipatuhi.

"Saya rasa satu cukup ... kalau pemimpin mahu satu lagi apa boleh buat. Bagi saya jika ingin menyelesaikan kes pemecatan, satu EGM sudah memadai," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat dalam politik, ada banyak cara boleh diusahakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan