68 kes H1N1 baru, jumlah kematian kekal 73 orang

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat penyakit itu kekal 73 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 68 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital hari ini manakala 103 kes telah dibenarkan pulang.

"Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 109 hospital di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut hanya 236 pesakit yang telah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail juga berkata sehingga kini vaksin bagi melindungi orang ramai daripada penyakit ini belum ada di pasaran kerana ia masih di peringkat ujian klinikal.

Beliau mengulangi nasihat agar manamana individu yang merasakan diri mereka tidak sihat dan mempunyai gejala selesema ILI supaya berada di rumah dan elakkan diri daripada pergi ke tempat awam. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan