Wanita Sarawak mangsa ke-73 maut akibat H1N1

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berumur 25 tahun dari Betong, Sarawak merupakan mangsa ke-73 jangkitan influenza A(H1N1) yang meninggal dunia pada Selasa lepas kerana "severe pneumonia" dengan jangkitan H1N1.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita itu tanpa mempunyai faktor risiko telah dimasukkan ke Hospital Betong pada Ahad lepas kerana demam, batuk dan sakit tekak selama lima hari, dan dirujuk ke Hospital Sibu pada Isnin untuk mendapat rawatan lanjut dan rawatan antiviral.

Sebelum itu, beliau telah mendapat tiga rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Betong, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata sementara jumlah pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) yang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan adalah seramai 266 orang, manakala pada masa yang sama 293 kes telah didiscaj.

Ini menjadikan baki seramai 1,211 pesakit ILI sedang dirawat di 110 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara, dan daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit (18.9 peratus) disahkan positif H1N1, katanya.

Dr Mohd Ismail berkata daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 kes (75.6 peratus) mempunyai faktor risiko, iaitu penyakit kronik (7), obesiti (10), kanakkanak/bayi (8), post natal/hamil (2), penyakit jantung (1) dan asma (3).

Beliau berkata mereka yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak didapati masih mengunjungi tempat yang terdapat ramai orang, sama ada untuk membeli belah, hiburan dan keramaian.

"Mereka ini sepatutnya berehat di rumah dan sekiranya terpaksa juga keluar, mereka hendaklah memakai topeng muka bagi mencegah penularan jangkitan virus influenza ini," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai lagi orang awam yang tidak faham cara virus ini merebak, iaitu berjangkit daripada manusia kepada manusia melalui titisan cecair yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin.

"Sekiranya kita memahami cara virus ini merebak, maka lebih mudah untuk kita mengambil langkah pencegahan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan