'Sidang DUN Perak': Semua pihak perlu patuhi undang-undang - Najib

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Berikutan insiden cuba mengadakan "Persidangan haram Dewan Undangan Negeri Perak" semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak mematuhi undang-undang negara demi menjamin ketenteraman awam.

Polis mempunyai kuasa untuk memastikan ketenteraman awam dapat dikawal, kata Perdana Menteri kepada media selepas mengumumkan pemenang Pertandingan Lagu 1Malaysia di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan di Perak hari ini apabila kumpulan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada pembangkang cuba mengadakan persidangan haram dewan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Cubaan mengadakan persidangan haram itu dibuat ekoran bekas Speaker V. Sivakumar kononnya mengeluarkan notis memanggil persidangan hari ini di bangunan itu yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Menjawab soalan lain, Najib amat kesal dengan insiden demonstrasi di Shah Alam Jumaat lepas, berhubung bantahan terhadap cadangan pembinaan kuil di sana dan ada pula yang membawa kepala lembu semasa demonstrasi itu.

Perdana Menteri menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Pejabat Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu.

Demonstrasi dilaporkan diadakan oleh kalangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam bagi membantah pembinaan kuil di seksyen tersebut.

Mengulas mengenai insiden Jalur Gemilang dibakar di Indonesia semalam ekoran para penunjuk perasaan di sana tidak berpuas hati dengan beberapa isu tertunggak antara Malaysia dan Indonesia, Najib berharap ia tidak akan menjejaskan hubungan akrab keduadua negara.

Kejadian itu bukan terbit daripada kehendak kerajaan Indonesia, kata Najib, sambil menambah beliau dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono juga mempunyai hubungan yang akrab dan saling menghubungi antara satu sama lain. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan