'Sidang DUN Perak': Pembangkang cuba kelirukan rakyat - Zambry

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat mengadakan "Sidang DUN" semalam hanyalah bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.

"Mereka membuat undang-undang sendiri dan menjalankannya sendiri...mereka ini sebenarnya syok sendiri, langsung tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.

"Apa yang mereka buat adalah memprovokasi pihak polis...mereka minta ditahan dan kalau boleh digari supaya boleh ditunjukkan di dalam akhbar. Masa itu mereka akan mengatakan telah dizalimi," katanya mengulas kekecuhan antara kumpulan Adun berkenaan dengan polis berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, dua daripada DAP dan seorang PKR ditahan polis pada kirakira 10 pagi tadi selepas mereka cuba melepasi sekatan polis untuk menuju ke bangunan berkenaan bagi mengadakan persidangan.

Kumpulan berkenaan yang diketuai bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker V.Sivakumar kemudian mengadakan persidangan di sebuah hotel di sini.

Zambry berkata tindakan yang dibuat oleh 27 ADUN pembangkang hari ini sekadar menimbulkan kekeliruan kerana walaupun mendakwa persidangan yang dijalankan oleh kerajaan negeri sebelum ini tidak sah tetapi mereka tetap menghadirinya.

"Semua tindakan yang dilakukan ADUNn Pakatan Rakyat itu hanyalah bertujuan mewujudkan perasaan tegang di kalangan rakyat.

"Jika kerajaan yang ada ini haram, mereka tidak perlu menghadiri sidang yang diadakan...mereka ini sebenarnya hipokrit dan merupakan talam dua muka," katanya.

Menteri Besar menjelaskan bahawa sidang DUN tidak perlu diadakan tergesagesa kerana masih mempunyai masa selama enam bulan berbanding sidang terakhir yang diadakan pada 3 Mei lalu.

Sivakumar yang juga ADUN Tronoh daripada DAP minggu lepas mengeluarkan notis mengenai persidangan yang akan diadakan hari ini.

Speaker Datuk R. Ganesan kemudian membuat kenyataan bahawa persidangan yang dipanggil itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi Speaker. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan