Semua calon UPSR perlu jalani ujian suhu badan

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Semua calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu depan wajib menjalani ujian suhu badan sebelum menduduki peperiksaan tersebut sebagai langkah mengelak penularan wabak influenza A(H1N1).

Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat semalam telah memutuskan bahawa 500,000 calon UPSR bermula Selasa ini perlu menjalani pemeriksaan itu dan sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius maka mereka perlu diasingkan.

"Sebuah bilik pengasingan akan diwujudkan di semua pusat peperiksaan, jauh daripada dewan utama peperiksaan," kata timbalan menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dalam kes di mana pelajar yang tidak sihat dan perlu dimasukkan ke hospital, Wee berkata mereka akan dibenarkan menduduki peperiksaan pada satu tarikh lain di bawah pengawasan khas.

Bercakap pada kempen mencegah A(H1N1) di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini, Wee berkata kesemua 32,000 pemeriksa UPSR di seluruh negara akan disediakan dengan pelarut sanitizer dan penutup mulut dan hidung.

"Pemeriksa juga akan menggunakan alat inframerah untuk mengambil suhu badan calon. Prosesnya cepat dan tepat," kata Wee.

Katanya kementerian juga akan menguna pakai kaedah sama untuk semua peperiksaan utama seperti Penilian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Wee berkata Kementerian Kesihatan telah menyediakan sejumlah 30,000 topeng penutup mutlut dan hidung untuk diedarkan kepada orang ramai di Johor. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan