Krew kapal selam cemerlang harungi ujian getir

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Ujian yang dilalui setiap minggu cukup getir hingga mencabar keupayaan mental dan fizikal, namun krew KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) bertekad untuk membawa pulang kapal selam pertama negara.

Hari ini, kesemua 32 anak kapal KD TAR bangga mereka berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang empat tahun menjalani latihan di pusat latihan Defence Conseil National (DCN) Dockyard di kota pelabuhan Brest di barat laut Perancis.

Bintara Kanan Mohd Nazri Kasni, 36, berkata mereka diuji setiap minggu sama ada secara teori mahupun praktikal dan juga melakukan latihan sebenar mengendalikan kapal selam di laut.

"Ini bagi memastikan kami benar-benar mahir dan sesiapa yang tidak menunjukkan peningkatan akan dihantar pulang. Orang Perancis itulah yang tentukan sama ada seseorang anak kapal itu layak atau tidak," katanya di sini hari ini.

Mohd Nazri, yang berasal dari Mersing, Johor dan berkhidmat selama 17 tahun dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berkata kejayaan beliau adalah berkat sokongan keluarganya yang tidak putus-putus memberikan dorongan. Kesemua anak kapal dipilih setelah mereka lulus dalam kursus kepakaran kapal selam sebelum layak digelar 'submariner'.

Mohd Nazri yang merupakan "helsman" atau jurumudi menceritakan semasa KD TAR belayar dari Jeddah ke India dalam perjalanan ke tanah air, anak kapal selam itu menghadapi banyak rintangan kerana berhadapan gelombang besar.

Beliau juga berpeluang mengerjakan umrah di Mekah ketika KD TAR singgah di Jeddah, dan juga di Djibouti dan Cochin.

Beliau berkata biarpun di dalam kapal selam, krew yang beragama Islam tetap menjalani ibadah dan bersahur dengan makanan masakan tukang masak dari Malaysia.

Bagi Leftenan Komander Chan Ling Ket, 31, antara dua krew keturunan Cina KD TAR, pengalaman latihan di Perancis cukup mencabar dari segi mental dan fizikal.

Chan mengetuai bahagian mekanikal kapal selam itu dan tugasnya amat penting bagi memastikan kelancaran enjin dan sistem KD TAR ketika membawa pulang kapal selam itu dari Perancis selama 54 hari.

"Bukan mudah untuk mengendalikan kapal selam itu, sistemnya amat baru bagi kami terutamanya teknologi Scorpene buatan Perancis dan Sepanyol begitu canggih, namun hasil latihan yang diberikan, kami mampu untuk mengetahui selok-belok pengendaliannya. "Berada di dalam kapal selam seperti terkurung dan tidak dapat melihat dunia luar jadi perjalanan itu terasa amat lama," kata Chan yang baru mendirikan rumah tangga tahun lepas.

Semasa dalam perjalanan pulang, KD TAR telah melakukan penyelaman selama 32 hari, belayar di permukaan selama 10 hari dan selebihnya singgah di pelabuhan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan