Kota Siputeh: Keputusan SPR perlu dihormati - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap semua pihak menghormati dan menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang dibuat berlandaskan keadilan dan perundangan negara.

"Hak untuk mengesahkan atau membatalkan kedudukan seseorang Adun itu bukan kuasa DUN tetapi SPR. Justeru itu apabila SPR telah membuat keputusan, kita perlu hormati keputusan itu," kata Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persempadanan Ke49 bersama dengan Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Prawit Wongsuwan di sini semalam.

SPR memutuskan semalam bahawa tiada kekosongan berlaku pada kerusi DUN Kota Siputeh dan Datuk Abu Hassan Sharif daripada Barisan Nasional masih menyandang kerusi yang memenanginya pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas.

Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lepas daripada Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.

Ahmad Zahid berkata adalah hak pembangkang untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka "tetapi bagi pihak UMNO dan BN keseluruhannya, kita hormati apa yang diputuskan SPR kerana badan itu mempunyai authoriti untuk menentukan berdasarkan bukti dan peraturan sedia ada."

Menyentuh mengenai tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada pembangkang yang cuba mengadakan persidangan haram dewan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam, Ahmad Zahid berkata: "Mereka ini sudah membelakangkan demokrasi dan meletakkan hukum berlandaskan fikiran dan kepentingan mereka.

"Jangan bermimpi di siang hari," katanya yang turut mengecam tindakan bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar dan anggota dewan pakatan PKRDAPPAS yang bertindak memanggil 'sidang DUN' itu.

"Tindakan memanggil sidang DUN itu menunjukkan pembangkang semakin kehabisan isu dan cuba mencari publisiti murahan. Mmungkin mereka mahu menyambut ulangtahun bulan ke enam bersidang di bawah pokok," katanya.

Menyentuh mengenai isu MCA, Ahmad Zahid berkata sebagai parti komponen BN, MCA perlu memberikan keutamaan kepada perpaduan BN demi kepentingan bersama dalam memulihkan keyakinan rakyat, dan bukannya menunjukkan perselisihan yang boleh memudaratkan sokongan pengundi.

"Kita tunggu sahaja mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu. Kami mendapat jaminan masalah (MCA) dapat diselesaikan apabila EGM ini berakhir, dan saya harap ianya akan berlaku.

"Tetapi jika sebaliknya (yang berlaku), saya harap kita dapat memberikan keutamaan kepada perpaduan parti demi kepentingan bersama dalam BN untuk menghadapai pilihan raya umum akan datang," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau bagaimanapun yakin keduadua pihak iaitu Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mencapai kata sepakat.

Ini adalah kerana perkata tersebut bukan pertama kali berlaku, "sebelum ini mereka (MCA) pernah melalui kemelut politik akibat persengketaan pucuk pimpinan parti itu, namun akhirnya masalah dalaman parti dapat diselesaikan," katanya.

MCA bakal menghadapi dua EGM, dengan yang satu lagi oleh penyokong Dr Chua yang sedang mengumpul tandatangan di seluruh negara untuk mengadakan EGM mereka sendiri bagi menerima semula Dr Chua, dan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan