Banyak keputusan tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah LPK PAC

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kirakira Wang Negara (PAC) mendapati banyak keputusan penting yang dibuat oleh pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) seperti kontrak dan perjanjian hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah lembaga selepas ia ditandatangani.

Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata gambaran yang didapati ialah "seolaholah ada masamasa di mana maklumat tidak disampaikan walaupun diminta secara bertulis".

Bercakap kepada pemberita selepas PAC menyoal dua bekas pengerusi LPK, Datuk Yap Pian Hon dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, di bangunan Parlimen di sini, Azmi berkata terdapat pembayaran yang banyak dibuat oleh lembaga yang hanya ditandatangani oleh pihak pengurusan.

"Banyak keputusan yang dibuat seperti kontrak dan perjanjian ditandatangani dulu oleh pengurusan dan hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah (selepas itu)". Keputusan penting lembaga tidak tahu...hanya dimaklumkan selepas perkara itu berlaku.

Azmi berkata PAC perlu meneliti tatacara pengurusan LPK dan kuasakuasa yang diberikan kepada pengurusan serta kemungkinan wujud amalan lembaga menurunkan kuasa kepada pengurusan, dilakukan sebelum ini.

"Mungkin satu ketika dulu ada penugasan kuasa...diturunkan (kuasa). Yang bila dah bertahun-tahun kita tak tahu di mana penugasan (kuasa) masing-masing. Mungkin dalam dokumen...kita tak tahu," katanya.

Azmi berkata pihaknya memanggil bekasbekas pengerusi LPK untuk mengetahui penglibatan LPK dalam pelaksanaan projek zon bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan juga untuk mengetahui mengenai penyaluran maklumat daripada pengurusan kepada lembaga.

Menurutnya, Yap menafikan kononnya wakil-wakil kerajaan dalam LPK tidak bersuara, kerana ketika Yap menjadi pengerusi, banyak persoalan yang telah ditimbulkan oleh wakil-wakil tersebut.

Azmi berkata keterangan Yap berbeza dengan gambaran yang diperolehi PAC daripada wakilwakil kerajaan dalam LPK sebelum ini, bahawa mereka hanya menghadiri mesyuarat dan "banyak perkara yang mereka tak tahu".

Mengenai maklumat oleh Ting, Azmi berkata bekas pengerusi LPK itu juga memberikan gambaran bahawa semasa beliau memegang jawatan, pihak lembaga hanya menerima maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan.

Azmi berkata PAC kini selesai sesi soalan mengenai isu PKFZ hari ini dan akan menyiapkan laporan mengenainya.

Sementara itu, Yap memberitahu pemberita bahawa terdapat banyak salah anggapan mengenai LPK, antaranya bahawa pengerusi mendapat gaji besar dan wakil-wakil kerajaan di dalamnya tidak bersuara dalam mesyuarat.

Katanya pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan, manakala ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan.

Ting menjadi pengerusi dari 2001 hingga 2004 manakala Yap menjadi pengerusi LPK dari 2004 hingga awal 2007.

PKFZ, sebuah hab pengangkutan seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang, yang turut menempatkan gudang, blok pejabat dan sebuah hotel empat bintang, mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan