"Spiderman" didenda RM2,000 panjat Menara Petronas

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga Perancis Alain Robert yang dikenali "Spiderman" didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan larangan dengan memanjat Menara Kembar Petronas di sini semalam.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin memerintahkan Robert dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu. Robert, 46, yang mengambil masa dua jam untuk memanjat Menara 2 setinggi 88 tingkat pagi semalam, membayar denda itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguamnya Wong Kian Kheong merayu agar Robert dikenakan hukuman yang ringan kerana dia telah mengaku bersalah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di manamana bangunan.

Robert kemudian memberitahu pemberita :

"Saya suka Malaysia. Terima kasih Malaysia. Memanjat adalah kegemaran saya, cara hidup saya, ketagihan saya." BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan