Idris angkat sumpah jawatan Menteri

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan suratcara pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Senator Datuk Seri Idris Jala (kiri) pada istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan serta taat setia di Bilik Singgahsana Pelantikan, Istana Negara di sini, hari ini. Idris, 51, juga dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines, Senator Datuk Seri Idris Jala, hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Istiadat itu berlangsung di Bilik Singgahsana Pelantikan, Istana Negara. sehari selepas Idris mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa menteri kabinet.

Idris melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Idris, 51, juga dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.

Sebagai CEO Pemandu, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan