EGM MCA diadakan sebelum 30 September

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA akan diadakan sebelum 30 September ini, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng.

Beliau berkata, ibu pejabat MCA telah memutuskan perkara itu selepas berbincang dan mendengar pelbagai pandangan dengan mengambil kira Mesyuarat Agung Tahunan yang bakal diadakan pada 11 Oktober ini.

Katanya, hal itu bagi mengelakkan terlalu banyak mesyuarat diadakan yang akan menyebabkan perwakilan menghabiskan banyak masa mereka untuk hadir ke ibu pejabat.

"Ia akan menimbulkan kesulitan yang sepatutnya tidak perlu kepada mereka selain menggunakan terlalu banyak masa bagi sumber manusia ibu pejabat parti," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengarahkan supaya satu EGM parti diadakan berikutan bantahan oleh penyokong bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipecat daripada parti Rabu lalu berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam bentuk DVD dua tahun lalu.

Penyokong Dr Chua telah melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di kalangan perwakilan parti supaya EGM tersebut diadakan segera.

Wong berkata, beliau telah diarahkan oleh Ong untuk mengadakan EGM itu yang diperuntukkan di bawah Artikel 30.1, Perlembagaan MCA.

Beliau berkata, mana-mana ahli yang berpendapat EGM itu perlu diadakan harus menghantar agenda mereka kepada ibu pejabat parti pada atau sebelum 4 September ini bagi membolehkan ibu pejabat mengumpul semua agenda tersebut dan mengelakkan daripada mengadakan lebih daripada satu EGM.

"Ibu pejabat MCA akan mula melakukan kerja-kerja persediaan EGM selepas 4 September termasuk menghantar notis kepada semua perwakilan pusat," katanya.

Beliau berkata, tarikh, tempat, masa dan agenda EGM itu akan dinyatakan dengan jelas dalam notis tersebut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan