DUN Kota Siputeh: Keputusan SPR tidak mengejutkan, kata Anwar

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan tidak wujud keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Keputusan SPR tidak mengejutkan. Kita tidak jangka SPR akan memihak kepada keputusan Speaker (DUN Kedah,Datuk Dr. Abdul Isa Ismail).

"Tapi setakat yang saya faham undang-undang keputusan mengenai kedudukan ADUN adalah keputusan muktamad Speaker," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perbicaraan kes liwatnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Tegas Anwar, sekiranya hal tersebut dipertikai, ia harus dicabar di mahkamah.

"Selalunya SPR dianggap bertindak mengikut jalur hukum tapi bagi kes ini, SPR nampak tidak menghormati hukum dan Menteri Besar Kedah, (Datuk Seri Azizan Abu Bakar) telah memaklumkan bahawa mereka akan mencabar keputusan SPR di mahkamah," katanya.

Semalam, SPR memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil kerana penyandang kerusi itu, Datuk Abu Hassan Sarif masih ADUN yang sah bagi kerusi berkenaan.

Dengan keputusan itu, kerusi tersebut yang menjadi perhatian sejak dua minggu lalu kekal milik Barisan Nasional (BN) yang dimenangi pada Mac 2008.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Berhubung tindakan 50 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang meletakkan kepala lembu di hadapan bangunan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah sebagai membantah keputusan kerajaan negeri untuk memindahkan sebuah kuil ke kawasan itu, Anwar berkata, semua pihak harus menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Namun dalam pada itu, jangan kita hina agama lain. Tidak ada dalam budaya Melayu atau prinsip agama Islam yang mengizinkan dan membenarkan kita menghina ajaran agama lain.

"Kita ada prinsip yang cukup jelas dalam hal ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu pemindahan semula kuil ke Seksyen 23 yang mana majoriti penduduknya beragama Islam dan isu tersebut telah menimbulkan bantahan.

Anwar berharap pihak berkuasa terutamanya polis menjalankan siasatan secara professional dan tidak membenarkan kegiatan-kegiatan seperti ini dilakukan oleh pihak yang terdesak.

Baru-baru ini, 50 penduduk Seksyen 23 Shah Alam berkumpul di pintu masuk Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah bagi membantah pemindahan kuil ke kawasan itu.

Kumpulan berkenaan mendakwa penduduk di Seksyen 23 membantah pemindahan kuil yang kini terletak di Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan