ADUN Kota Siputeh: Keputusan SPR hadiah Ramadan, pengajaran bermakna

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif menganggap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam - mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat "hadiah bermakna sempena bulan Ramadan dan pengajaran kepada semua."

"Ya, ini hadiah kepada saya, hadiah ketika bulan Ramadan ini, bukan sahaja kepada saya tetapi buat semua penduduk kawasan saya.

"Hadiah kerana ia tidak menyusahkan sesiapa, tidak perlu diadakan pilihan raya kecil... kalau diadakan pilihan raya kecil, ia akan menyusahkan semua orang," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di Jitra, petang semalam.

Wartawan mengerumuni pusat khidmat beliau di Teluk Tenggiri, Jitra sejak 3.30 petang tadi untuk mendapatkan reaksi beliau.

Abu Hassan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun mengetahui keputusan itu melalui bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang juga Ketua Pembangkang di DUN kira-kira pukul 4.50 petang.

SPR mengeluarkan kenyataan kira-kira 5 petang semalam.

Katanya, beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan SPR yang memutuskan bahawa tidak wujud kekosongan dan kerusi itu kekal milik Barisan Nasional dimenangi pada Mac 2008.

Beliau merupakan ADUN Kota Siputeh sejak 1995.

SPR bermesyuarat lebih empat jam sejak pagi tadi bagi menentukan sama ada perlu diisytharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong ataupun sebaliknya.

Semalam Abu Hassan mengulangi bahawa situasi yang dialaminya sekarang merupakan kali pertama sejak dipilih sebagai ADUN dalam pilihan raya umum 1995.

"Ini satu peringatan yang sangat penting bagi semua wakil rakyat agar lebih berhati-hati dan tidak alpa... ini kali pertama perkara ini berlaku ke atas saya walaupun sudah empat penggal saya menjadi wakil rakyat," katanya.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan