1Malaysia mampu jadikan negara lebih aman dan kehidupan harmoni

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANG: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata 1Malaysia merupakan satu gagasan yang bersifat keislaman terutamanya daripada segi pengisian dan matlamatnya yang bercirikan Perlembagaan Madinah.

Perdana Menteri berkata apabila 1Malaysia diamalkan ia mampu menjadikan negara lebih aman dan kehidupan rakyat lebih harmoni. Katanya Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan Islam pertama yang mengutamakan dan mempertahankan Islam, memberi keadilan kepada semua kaum dan melindungi kaum minoriti serta kebebasan mengamalkan agama dan prinsipprinsip ini terangkum di dalam 1Malaysia.

"Oleh itu kita sama-sama melakukan yang terbaik kepada umat Islam dan berlaku adil kepada bukan Islam. Mudah-mudahan dengan cara ini kita akan lebih bertakwa kepada Allah dan inilah sebenarnya terangkum dalam gagasan 1Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Selangor di Kampung Setia di sini, malam tadi.

Perlembagaan Madinah ialah perjanjian politik yang dibuat Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah kaum Muhajirin, Ansar dan Yahudi bagi memupuk persefahaman, saling hormat menghormati dan bersatu padu.

Menyentuh tentang ibadat puasa, Najib berkata rukun Islam ketiga itu merupakan ujian kepada umat Islam termasuk para pemimpin kerana apabila mereka menyelami perasaan orang daif dan susah, para pemimpin seharusnya insaf lantas akan berkhidmat membela nasib golongan berkenaan.

Jika semangat memperjuangkan dan membela nasib mereka yang susah dan daif ini menjadi sebati dalam diri, mereka akan menjadi pemimpin yang lebih dihormati dan disayangi rakyat.

"Di sini letaknya usaha kita sebagai pemimpin... kita hendaklah letak kesanggupan berkhidmat untuk rakyat yang susah sebagai teras perjuangan sepanjang masa dan ketika," katanya.

Selain itu, perlu dihayati sifat mulia seperti rendah diri, tawaduk, cinta pada perkaraperkara baik seperti perpaduan dan menghindari sikap sombong dan tamak, katanya.

Najib, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa bersolat Maghrib, Isyak dan tarawih berjamaah.

Perdana Menteri menyampaikan bantuan kepada 120 warga emas, fakir dan miskin serta bantuan kepada 40 masjid di kawasan Parlimen Gombak dan Selayang untuk menjalankan aktiviti ibadah di bulan Ramadan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan