Tidak perlu 2 mesyuarat agung luar biasa - Liow

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mencadangkan supaya penyokong presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalan presiden yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelesaikan masalah yang timbul tanpa perlu mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa.

Beliau berkata kedua-dua pihak perlu membincangkan perkara itu dan sebarang penyelesaian yang dicapai perlu mendapat sokongan dan disahkan.

"Dalam kes ini jika kita ikut perlembagaan parti, tidak perlu diadakan dua mesyuarat agung luar biasa. Ini hanya masalah disiplin dan bukan krisis (kepimpinan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan topeng mulut dan hidung untuk sekolah di kawasan Parlimen Klang di sini.

Ong semalam mengarahkan setiausaha agung Datuk Wong Foon Meng untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa dalam tempoh 30 hari.

Agenda mesyuarat itu belum ditentukan, tetapi Bernama difahamkan perkara utama ialah untuk mendapatkan pengesahan perwakilan mengenai keputusan memecat Dr Chua serta memberi undi kepada kepimpinan Ong.

Keputusan Ong untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa itu berikutan timbul bantahan daripada penyokong Dr Chua yang melancarkan kempen mengumpul tandatangan di kalangan perwakilan parti untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa.

Pemerhati parti berkata terdapat dua kemungkinan penyokong Dr Chua mungkin turut serta dalam mesyarat agung luar biasa yang diadakan oleh presiden atau mengadakan mesyuarat mereka sendiri jika mereka tidak puas hati dengan agenda yang ditetapkan setiausaha agung.

Liow juga berkata beliau tidak mahu melihat perpecahan dalam MCA dan menggesa semua anggota dan pemimpin untuk menyelesaikan isu dan masalah itu secepat mungkin.

"Tidak ada team A atau team B atau team Tee Keat dan Dr Chua dalam MCA. Kami semua bersatu dalam parti," katanya sambil menyatakan bahawa beliau menghormati keputusan Ong untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan