Kg Buah Pala: Penduduk bersurai selepas berhimpun depan Komtar

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan situasi di Kampung Buah Pala. Hari ini adalah hari terakhir pagi penduduk untuk mengosongkan tanah kampung tersebut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 20 Ogos lalu yang menolak rayuan 23 keluarga untuk terus tinggal di situ.

12.05 tengah hari: Mereka akhirnya meninggalkan Komtar atas nasihat polis.

11.50 pagi: Penduduk Kampung Buah Pala enggan meninggalkan kawasan Komtar.

11.40 pagi: Kumpulan penduduk diarah meninggalkan Komtar. Mereka bagaimanapun menjadi marah kerana telah dihalang daripada memasuki bangunan pentadbiran negeri di tingkat 3.

11.30 pagi: Seramai 10 wakil penduduk berkumpul di Komtar dan menuju ke arah pejabat Ketua Menteri.

11.20 pagi: Polis menerima surat daripada penduduk yang meminta perlindungan polis daripada pemaju tetapi menyatakan mereka tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak kerana isu itu telah diputuskan oleh mahkamah.

10.30 pagi: Para penduduk dan penyokong tiba di ibu pejabat polis untuk menyerahkan memorandum merayu pihak polis supaya menghentikan kerja-kerja perobohan.

8.30 pagi: Keadaan senyap sunyi dengan segelintir penduduk berkawal di pintu masuk kampung.

GEORGETOWN: Tempoh bagi penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan tanah kampung itu berakhir hari ini dan mereka bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada polis pada pukul 10 pagi sebelum mengadakan mogok lapar.

Keadaan senyap sunyi dengan segelintir penduduk berkawal di pintu masuk kampung.

Penduduk Kampung Buah Pala diarahkan mengosongkan tanah kampung itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 20 Ogos lalu yang menolak rayuan 23 keluarga untuk terus tinggal di situ.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat pada 24 Jun lalu bahawa penduduk kampung mesti mengosongkan rumah mereka dan menyerahkan hak milik mereka kepada pemaju.

Pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd telah gagal melakukan kerja-kerja merobohkan kampung tersebut sebanyak dua kali berikutan bantahan yang dilakukan oleh keluarga-keluarga yang terlibat.

Pengarah eksekutifnya, Thomas Chan berkata, syarikat itu akan mengambil alih milikan tanah kosong kampung itu pada bila-bila masa selepas 1 September.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan