A(H1N1): Tiada kematian baru semalam

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 99 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) dilaporkan semalam dengan jumlah kematian akibat Influenza A(H1N1) kekal pada 72 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, setakat ini seramai 1,374 pesakit yang mempunyai gejala ILI sedang dirawat di 98 buah hospital di seluruh negara, dengan 286 pesakit disahkan positif H1N1.

Tiada kematian baru dilaporkan hari ini. Daripada 286 kes itu, 46 kes berada di ICU, 32 merupakan pesakit daripada kumpulan berisiko, yang mana sembilan mempunyai penyakit kronik, sembilan lagi obesiti manakala kanak-kanak dan bayi seramai enam orang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiga kes daripada mereka adalah pesakit selepas bersalin, dua kes mempunyai penyakit jantung, satu kes asma dan dua mempunyai imuniti rendah.

Dr. Ismail turut menasihatkan ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan cuma menghantar anak mereka yang sihat ke sekolah memandangkan sesi persekolahan akan bermula hari ini.

Katanya. pelajar yang mengalami gejala demam atau batuk mesti terus berehat di rumah sehingga mereka bebas daripada gejala itu dan tiada menunjukkan sebarang simptom.

"Ini kerana mereka yang masih ada gejala walaupun ringan masih boleh menularkan virus tersebut kepada orang lain. Adalah dikhuatiri jika mereka menularkan virus ini kepada mereka yang berisiko, komplikasi yang serius termasuk kematian boleh berlaku," katanya.

Beliau juga menyeru supaya pihak sekolah turut memantau keadaan dan memastikan hanya murid yang sihat dibenarkan menghadiri kelas.

"Pelajar-pelajar yang didapati tidak sihat perlu dihantar pulang atau ke klinik untuk rawatan, maka guru tidak perlu menutup kelas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan