Insiden kuil: Kerajaan beri amaran keras

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batas undang-undang sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara dan keamanan awam.

Katanya, kerajaan tidak akan tunduk dan teragakagak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sentimen perkauman dan agama di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk insiden 200 penduduk Islam selepas solat Jumaat lepas yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.

"Insiden seperti itu jika tidak dikawal, boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan yang berlarutan. Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat sensitif," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Hishammuddin berkata, walaupun ada pihak yang menggesa kerajaan supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani isu tersebut, namun akta itu hanya akan digunakan sebagai cara terakhir atau dalam keadaan di mana ia boleh mencetuskan ancaman kepada negara.

"Bagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa banyak undang-undang lain yang boleh digunakan dalam perkara ini," katanya.

Mengenai tindakan sesetengah pihak menghasut kaum India seperti yang tersiar di Internet, beliau menjelaskan polis, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan Peguam Negara sedang mengambil tindakan.

Di samping itu, Hishammuddin berkata, tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa kononnya polis bersekongkol dengan Umno dalam menangani isu tersebut adalah sesuatu yang amat serius dan berniat sematamata untuk memburukkan nama baik pasukan polis. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan