Wanita mabuk berang kereta ditunda akibat ganggu lalu lintas

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.

Namun wanita, dalam lingkungan 30-an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

Gelagat wanita ini antara yang dapat disaksikan dalam operasi mingguan yang dijalankan polis trafik Jalan Bandar yang diketuai oleh Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Ahmad dan dibantu oleh 25 orang pegawai dan anggotanya.

Operasi tiga jam itu yang bermula kira-kira pukul 12.30 malam dijalankan di sekitar pusat bandar raya antaranya di Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan Ipoh.

Rusli berkata, sebanyak 170 saman dikeluarkan kerana meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas dimana empat buah kenderaan telah ditunda.

Saman itu turut dikenakan kepada pemandu teksi yang terus berdegil menunggu di tempat yang tidak dibenarkan selain mengganggu lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di beberapa buah pusat hiburan terkenal di bandaraya ini, katanya.

"Kami akan bekerjasama kelak dengan persatuan pemandu teksi supaya anggota mereka mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan