Sediakan sanitizer, topeng pernafasan kepada penumpang

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Ka Ting yang juga Presiden MCA (dua, kanan) meneliti poster dan kit-hygine sambil diperhatikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) pada majlis Bersama Hentikan H1N1 di Wisma MCA, hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng (kanan) dan Timbalan Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow (kiri). -- fotoBERNAMA
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Ka Ting yang juga Presiden MCA (dua, kanan) meneliti poster dan kit-hygine sambil diperhatikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kiri) pada majlis Bersama Hentikan H1N1 di Wisma MCA, hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng (kanan) dan Timbalan Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow (kiri). -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menjelang perayaan Aidilfitri bulan depan, Kementerian Kesihatan meminta pengusaha pengangkutan awam termasuk bas ekspres supaya menyediakan sanitizer di kenderaan masing-masing selain mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada penumpang sebagai langkah mencegah penularan wabak Influenza A (H1N1).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setiap kali menjelangnya musim perayaan, kawasan perhentian bas dan kereta api menjadi tumpuan mereka yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing menggunakan pengangkutan awam.

Oleh itu, langkah menyediakan sanitizer dan penutup hidung dan mulut dapat menyakinkan pengguna mengenai langkah berjaga-jaga yang diambil pengusaha pengangkutan awam berkenaan.

"Kita minta mereka (pengusaha) menyediakan sanitizer dan langkah ini menunjukkan kepada penumpang-penumpang mereka bahawa mereka (pengusaha) mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai pencegahan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran kempen Bersama Hentikan H1N1 anjuran MCA di sini, semalam.

Ditanya mengenai kebimbangan orang ramai mengenai 'gelombang kedua' penularan wabak influenza A (H1N1) akhir tahun ini yang dikatakan akan meragut lebih banyak nyawa, Liow memberi jaminan bekalan ubat antiviral untuk rawatan penyakit itu adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di semua hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta.

"Kita telah adakan perbincangan dengan pengeluar-pengeluar ubat antiviral dan kita pastikan bekalan ubat itu mencukupi," katanya.

Terdapat tiga syarikat yang membekalkan antiviral Tamilflu bagi menampung keperluan pasaran tempatan iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan Ranbaxy (M) Sdn Bhd. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan