Kerajaan pergiat usaha tambah pendapatan golongan berpendapatan RM3,000 ke atas

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membantu 40 peratus daripada rakyat negara ini yang memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan menambah pendapatan mereka selaras dengan enam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun kumpulan rakyat terbabit tidak tergolong di dalam kategori miskin tetapi usaha tetap perlu digerakkan untuk membantu mereka menambah pendapatan.

"Kita menggalakkan pihak-pihak berkuasa tempatan supaya mengeluarkan lesen-lesen perniagaan kecil supaya mereka dapat menambah pendapatan sama ada di dalam dan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Bukit Pasir, Pagoh di sini, semalam.

Beliau berkata bagi di bandar yang memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan, mereka tetap berhadapan dengan kesulitan hidup berikutan kos sara hidup yang tinggi di kawasankawasan bandar.

Muhyiddin berkata kerajaan komited terhadap segala usaha untuk memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan NKRA yang diumumkannya sebelum ini tercapai kerana ia merupakan tunjang kepada pentadbirannya.

Katanya komitmen itu diperkuatkan lagi menerusi perlantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Tanpa Portfolio di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan KPI dan NKRA.

Muhyiddin berkata kerajaan meletakkan dua tahun untuk meningkatkan taraf hidup 44,000 golongan miskin tegar yang terdapat di negara ini menerusi usaha-usaha menambah pendapatan.

Usaha menambah pendapatan golongan miskin tegar itu, kata Timbalan Perdana Menteri akan dilakukan menerusi program-program khas seperti di dalam bidang pertanian dan asas tani dan industri kecil.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata bilangan pelajar pra sekolah negara ini bertambah daripada 67 peratus ketika ini kepada 87 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus di dalam tempoh dua tahun.

Katanya ketika ini 33 peratus kanak-kanak negara ini tidak memasuki kelas pra sekolah.

Beliau berkata kerajaan turut akan membina 800 bilik darjah pra sekolah serta melatih guru-guru terbabit, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pelajar pra sekolah negara ini.

Kerajaan juga sedang merangka program bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan pihak swasta untuk terlibat di dalam pendidikan pra sekolah.

Kementerian Pelajaran, kata Muhyiddin akan mengumumkan secara terperinci usaha mengembleng tenaga pihak swasta di dalam bidang pra sekolah kementerian pada bulan depan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan