PM arah IGP bertindak tangani protes kuil

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Najib memaklumkan perkara itu kepadanya selepas beliau memberitahu Perdana Menteri mengenai insiden yang berlaku di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor selepas solat Jumaat semalam.

"Perdana Menteri telah berjanji akan meneliti perkara dan mengarahkan KPN bertindak segera menangani perkara itu," kata Dr. Subramanian dalam satu kenyataan di sini. Dalam insiden itu, sekumpulan orang dikatakan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai tanda bantahan terhadap pembinaan sebuah kuil Hindu di Seksyen 23.

"Perdana Menteri berkata beliau amat kecewa dengan insiden berkenaan dan mahu masalah itu ditangani seawal mungkin," kata Dr. Subramaniam.

Setiausaha Agung MIC itu berkata, sementara Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan perpaduan kaum, "tindakan sedemikian akan menghalang proses perpaduan". BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan