Azmil ganti Idris terajui MAS - Berita Semasa | mStar

Azmil ganti Idris terajui MAS

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGGANTI...  Tengku Datuk Azmil Zahruddin (kiri) dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jala (kanan) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAS. Idris semalam dilantik sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.
PENGGANTI... Tengku Datuk Azmil Zahruddin (kiri) dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jala (kanan) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAS. Idris semalam dilantik sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Malaysian Airline System Bhd (MAS) melantik Tengku Datuk Azmil Zahruddin sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan Datuk Seri Idris Jala yang meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, juga berkuat kuasa hari ini, demikian menurut MAS dalam satu kenyataan di sini.

Idris Jala telah dilantik menteri tidak berportfolio di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

Tengku Azmil, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan MAS, mula bertugas dengan penerbangan itu pada 2005.

Sebelum itu, beliau bertugas di PricewaterhouseCoopers di London dan Hong Kong.

Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Majid berkata: "Dalam masa empat tahun lepas, Azmil dan Idris telah bekerja rapat dalam usaha membawa keluar syarikat penerbangan dari krisis kewangan dan menetapkan wawasan perubahan Malaysia Airline iaitu "Syarikat Penerbangan Bernilai Lima Bintang Dunia".

"Kami berbesar hati Azmil bersetuju mengambil alih tampuk pimpinan. Beliau mendapat sokongan penuh kami serta 19,000 orang pekerja kami. Bersama-sama, kami akan terus membina landasan yang kukuh untuk perubahan dan mencapai yang tidak mungkin," kata Munir.

Sementara itu, beliau menyifatkan Idris sebagai seorang ketua pegawai eksekutif yang meninggalkan legasi yang kuat.

"Wawasan, semangat dan kekuatannya bersama-sama dengan prinsip perubahannya, telah mengubah Malaysia Airlines," katanya.

"Keluarga MH, lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja Malaysia Airlines mengucapkan selamat maju jaya kepada Idris dan kami yakin beliau akan bersinar pada kedudukan baharunya. Beliau akan terus mendapat sokongan kami," kata Munir. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan