Pos Malaysia keluar setem 1Malaysia sempena merdeka

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETEM 1MALAYSIA... Penolong Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad, Prasana Manoharan (kanan), Pembantu Tadbir Sumber Manusia dan Pentadbiran, Noraini Zidin (tengah) dan Fum Ai Yan menunjukkan koleksi Setem dan Sampul Surat Hari Pertama yang bertemakan 1Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-52. Koleksi ini dijual pada harga 30 sen sekeping manakala lembaran mini RM5 dan boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia Isnin ini. -- fotoBERNAMA
SETEM 1MALAYSIA... Penolong Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad, Prasana Manoharan (kanan), Pembantu Tadbir Sumber Manusia dan Pentadbiran, Noraini Zidin (tengah) dan Fum Ai Yan menunjukkan koleksi Setem dan Sampul Surat Hari Pertama yang bertemakan 1Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-52. Koleksi ini dijual pada harga 30 sen sekeping manakala lembaran mini RM5 dan boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia Isnin ini. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan mengeluarkan setem khas dan sampul surat Hari Pertama yang menampilkan konsep 1Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52, bermula Isnin ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata, koleksi setem itu memaparkan tiga reka bentuk berkaitan konsep 1Malaysia yang bertujuan untuk membangkitkan rasa bangga terhadap kejayaan dan pencapaian negara.

"Setem-setem itu dan sampul surat Hari Pertama yang berharga 30 sen boleh didapati di pejabat-pejabat pos seluruh negara manakala folder yang berharga RM5.50 boleh didapati di pejabat pos yang terpilih sahaja," katanya kepada pemberita di Galeri Setem di sini, hari ini.

Yasmin berkata, pengumpul setem juga digalakkan untuk mendaftar sebagai anggota SODA ((Akaun Deposit Arahan Tetap) untuk mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos semasa hari keluaran.

"Sempena sambutan merdeka, mereka (anggota SODA) akan diberikan setem dan sampul surat Hari Pertama 1Malaysia pada 31 Ogos ini yang mempunyai cap tarikh dengan tulisan "Pasar Seni" yang boleh didapati di Pasar Seni," katanya.

Orang ramai yang bukan anggota SODA juga boleh mendapatkan setem dan sampul surat berkenaan di situ pada hari berkenaan (31 Ogos).

Penjualan setem dan sampul surat Hari Pertama 1Malaysia di tempat lain pula akan mula dijual pada 1 Sept, jelasnya.

"Kami juga akan memberikan tawaran harga istimewa untuk produk-produk lain kepada mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar berkata kami berharap agar pengumpul setem serta semua rakyat Malaysia dapat mengambil kesempatan dan membeli setem dan sampul surat hari pertama itu sebagai satu cara untuk meluahkan rasa bangga atas pencapaian negara serta disimpan sebagai kenangan dan dikongsi bersama dengan generasi masa depan.

"Pengeluaran setem dan sampul surat hari pertama yang bertemakan 1Malaysia itu merupakan satu penghormatan terhadap aspirasi negara serta meraikan pembangunan dan kecemerlangan yang telah dikecapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan